بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Permulaan yang sukar bukan alasan untuk mengalah, tetapi tanda bahawa sesuatu yang besar sedang menanti di penghujung jalan
Sejak 14 Oktober 2024 hinggu sekarang iaitu 30 July 2025, saya telah melalui Degree secara official hampir selama 1 tahun. Dalam tempoh ini bukanlah satu perjalanan yang mudah—malah, ia jauh lebih mencabar daripada apa yang saya bayangkan sebelum melangkah ke alam universiti.
Pada awalnya, saya menyusun pelbagai perancangan. Saya bayangkan kehidupan sebagai pelajar ijazah akan penuh warna—belajar sambil berseronok. Saya ingatkan masa bersendirian akan seimbang dengan masa bersama rakan-rakan, dan saya akan mempunyai ruang untuk menikmati kehidupan pelajar yang dinanti-nantikan selama ini. Namun, hakikatnya jauh berbeza. Cabaran tugasan yang bertimpa, pembentangan yang silih berganti, kuiz mengejut, peperiksaan yang padat, dan tekanan untuk mengekalkan prestasi akademik memaksa saya menilai semula keutamaan dan disiplin diri.
Saya sedar bahawa untuk berjaya, saya perlu mengorbankan sebahagian besar masa lapang dan hiburan. Mindset yang pada awalnya ingin "belajar sambil santai" perlu diubah kepada "belajar dengan fokus dan kesungguhan"
Mahasiswa dan mahasiswi di peringkat ijazah ini ternyata bukan calang-calang individu. Masing-masing hadir dengan latar belakang, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Membuatkan diri ini terasa kerdil diarena universiti.