Rabu, 30 Julai 2025

Telah berlalu Setahun belajar di UTeM ( Things i used and i just left it just like that)

بسم الله الرحمن الرحيم

 Dengan Nama Allah, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang 
Permulaan yang sukar bukan alasan untuk mengalah, tetapi tanda bahawa sesuatu yang besar sedang menanti di penghujung jalan


Sejak 14 Oktober 2024 hinggu sekarang iaitu 30 July 2025, saya telah melalui Degree secara official hampir selama 1 tahun. Dalam tempoh ini bukanlah satu perjalanan yang mudah—malah, ia jauh lebih mencabar daripada apa yang saya bayangkan sebelum melangkah ke alam universiti.

Pada awalnya, saya menyusun pelbagai perancangan. Saya bayangkan kehidupan sebagai pelajar ijazah akan penuh warna—belajar sambil berseronok. Saya ingatkan masa bersendirian akan seimbang dengan masa bersama rakan-rakan, dan saya akan mempunyai ruang untuk menikmati kehidupan pelajar yang dinanti-nantikan selama ini. Namun, hakikatnya jauh berbeza. Cabaran tugasan yang bertimpa, pembentangan yang silih berganti, kuiz mengejut, peperiksaan yang padat, dan tekanan untuk mengekalkan prestasi akademik memaksa saya menilai semula keutamaan dan disiplin diri.

Saya sedar bahawa untuk berjaya, saya perlu mengorbankan sebahagian besar masa lapang dan hiburan. Mindset yang pada awalnya ingin "belajar sambil santai" perlu diubah kepada "belajar dengan fokus dan kesungguhan"

Mahasiswa dan mahasiswi di peringkat ijazah ini ternyata bukan calang-calang individu. Masing-masing hadir dengan latar belakang, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Membuatkan diri ini terasa kerdil diarena universiti.

Alatan yang digunakan untuk pembelajaran

Berikut merupakan senarai peralatan yang masih setia menemani saya sejak hari pertama bergelar mahasiswa hingga ke hari ini.

HP Victus Laptop

Beli laptop ni berdasarkan spec yang pensyarah Pembantu Akademik katakan. Memang korban betul duit beli laptop yang sesuai dan terbaik khusus untuk belajar sahaja. Storage 500gb + 500gb. Sebenarnya nak ambil 1TB + 1TB, tapi tak ada kat kedai. 

Sekarang, laptop ni parah habis storage. Sebab masukkan 2 operating systems (Windows dan Linux) dengan pelbagai software berkaitan untuk pembelajaran.


iPad Air Gen 4 + Apple Pencil + Case Keyboard

iPad air gen 4 pula, ibu yang paksa beli. Sempena sambung belajar Diploma dulu. Berkat nasihat dan paksaan ibu, akhirnya iPad Air Gen 4 ni banyak berbakti dalam proses pembelajaran hinggalah naik ke Degree.

Bercakap mengenai Apple Keyboard pula, spec dia sangat bagus namun slack-nya dia tak tahan lasak. Kain case dia tercabut terutama bahagian kamera. Con dia lagi satu adalah Apple Pencil takde tempat simpan, bergantung sepenuhnya pada magnetic iPad storage. Mungkin keyboard ini direka untuk pengunaan setempat kot. 


iPhone 13 mini


Takde apa-apa special kot iphone ni. Size yang comel dan mampu berfungsi macam telefon pintar yang standard. Walaupun AI dan kualiti kamera tak se-gah telefon pintar Samsung, ia tetap dapat berfungsi baik dengan seadanya


Voice Recorder Sony


Voice Recorder ni last minit guna. Sebenarnya dah lama guna voice recorder ni untuk hafalan. Sebab terdesak, itu yang akhirnya guna balik untuk hafalan. Kalau dulu selalu guna voice recorder ni untuk belajar Sejarah dan agama kebiasaannya.

Perisian yang digunakan untuk pembelajaran

Berikut merupakan senarai aplikasi yang paling kerap saya manfaatkan dalam menjalani sesi pembelajaran sepanjang tempoh setahun ini.

Goodnotes 6

Files perancangan untuk dari mula belajar hingga akhir tahun belajar


File untuk Tahun 2

File Tahun 2 Semester 1. Terdapat buku tulis digital dan buku bacaan digital

File untuk semester 2 tahun 2.
File Lecturer note mula digunakan masa pertengahan semester

Dalam Lecturer Note files

Perisian paling digemari. Goodnotes adalah perisian yang lebih unggul kalau nak dibandingkan perisian Files. Sebab Goodnotes hanya boleh menggunakan Apple Pencil apabila telah di-bluetooth, dengan kata lain tidak akan ada palm-detection.

Pelbagai tugasan telah dilakukan menggunakan Goodnotes 6 ini. Dari menyalin nota mingguan kelas, ke ulangkaji, menghafal, membuat perancangan di digital note-planner. Menggantikan semua peralatan fizikal yang memerlukan wang dan ruang. Everything-in-one.


Files

Susunan fail yang sama macam di Goodnotes, 
Tak semua fail di Files di-export ke Goodnotes 6

Files adalah aplikasi yang hanya ada pada produk Apple. Selalu digunakan untuk menyimpan ebook-ebook dan buku tulis digital secara khususnya


Canva

website Canva

Perisian untuk amatur seperti kami. Digunakan sebagai pengganti powerpoint selain boleh convert ke video file. Bonus, suara AI pun ada.


Apple Calendar

Seperti kebiasaan, Kalendar Apple digunakan untuk merancang aktiviti harian secara umum.

Perisian wajib untuk digunakan. Kalau tak guna Apple Calender, Google Kalendar adalah perisian alternatif. Namun disebabkan saya menggunakan teknologi Apple, membazir kalau tak guna perisian ni.


Word

Langsung tak tahu-menahu cara buat Contents

Word adalah antara perisian wajib guna. Selalu digunakan untuk membuat Report tak kira subjek pelajaran apa pun sekalinya


Powerpoint

Perisian ini walaupun dianak tirikan, masih diperlukan dalam pembentangan.


Capcut

Versi Laman Web

Digunakan masa nak edit video. Rakam pakai iPhone atau iPad, lepas tu import ke Capcut dan terus edit situ. Antara task yang telah kami lakukan menggunakan Capcut adalah; video pengenalan diri dalam Bahasa Mandarin dan video pembentangan projek berkumpulan CAD.

Perisian yang akhirnya tak guna langsung.

hanya Goodnotes dan Calendar sahaja yg kerap digunakan

Hanya Files sahaja kerap digunakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan