Sabtu, 13 Januari 2024

Product Review: Apple’s Apps (Learn and Study Edition)

  بسم الله الرحمن الرحيم

Study hard and study smart.

Dengan nama Allah lagi maha Pemurah lagi maha Pengasih.

With the name of Allah the most Merciful.

Hari ni aku akan review produk aplikasi yang aku guna di iPad. Antara aplikasi yang paling kerap aku gunakan lah. Pandangan aku adalah dari sudut sebagai seorang pelajar kolej yang belajar diperingkat diploma.

Goodnotes 5

Screenshot
Untuk pengetahuan kurang, aku guna Goodnotes 5, sebabnya memang masa purchased tu belum ada goodnotes 6 lagi. 

Intro: 

Goodnotes ni secara umumnya berfungsi sebagai pengganti buku nota fizikal. Dia ada di Apple’s App store dan juga Android. Huawei takde okay. 

Kebaikan:

  1. Pengganti buku fizikal. Jimat kertas, ruang dan duit.
  2. Boleh search tulisan atau benda yang kita taip.
  3. Boleh pilih saiz kertas kita nak.
  4. Boleh print nota kalau nak.
  5. Boleh buka file PDF.
  6. Tulisan, benda yg kita taip dan gambar-gambar boleh berubah tempat.
  7. Gambar boleh crop dan boleh jadi sticker.
  8. Boleh lukis kalau nak. Tapi fungsi tak sebagus Sketchbook Autodesk lah.
  9. Boleh guna PDF yang ada hyperlink. Fungsi hyperlink ni macam boleh kita nak tukar ke mukasurat lain, tekan butang hyperlink tu tanpa perlu slide ke mukasurat tersebut. 
  10. Bluetooth pensil Apple. Maknanya kalau tulis, tapak tangan tak akan mengganggu tulisan kita. Sebab kadang-kadang separuh aplikasi bila kita tulis pakai pensil Apple, paparan dia sibuk nak tulis pakai tapak tangan gak. 
  11. Ada mode membaca dan menulis untuk buku digital.
  12. Boleh guna flashcard untuk menghafal.
  13. Kalau nak gunakan Goodnotes untuk pembentangan slide dalam maya dan pembentangan bukan alam maya pun boleh. Sebab ada pencil tulis lampu merah tu. Tak tahu apa nama.
 
Susunan fail untuk semester 5. Boleh tukar setting paparan sebenarnya, tapi sebab aku nak tunjuk korang apa fail aku simpan.

Digital note book. Satu muka surat untuk satu minggu pelajaran. Bergantung kepada banyak nota kena tulis ke tak.

Flashcard

Contoh penggunaan buku journal digital untuk pelajaran aku.

Kadang-kadang guna fail lain untuk buat pengiraan. 


Keburukan:
  1. Sebabkan dia digital, kena sentiasa charge tablet. Tak ada bateri, tak boleh tulis.
  2. Tak ada perakam suara. Fungsi ini cuma ada pada Goodnotes 6.
  3. Sejujurnya sebabkan aku suka aplikasi ni, aku lebih nampak yang positif lebih dari negatif. Huhuhuhu….
Harga:
  1. Goodnotes 5: Murah sangat sebab RM50 seumur hidup. 
  2. Goodnotes 6: RM150 seumur hidup.
OneNote

Intro: OneNote ni juga merupakan buku digital yang telah dibina oleh syarikat Microsoft. Ada di Apple’s App Store dan Android Google’s Store. Huawei tak ada aplikasi ni.

Kebaikan
  1. Kertas saiz adalah unlimited.
  2. Ada berbagai jenis templates kertas boleh digunakan.
  3. Boleh letak PDF. Dilampirkan dengan fail PDF dan gambar sekali.
  4. Boleh rakam suara.
  5. Best kalau buat peta minda
  6. Boleh kongsi digital journal dengan orang lain dan boleh tulis sekali. Makna bukan 1 author tapi lebih.
  7. Boleh rakam suara.
  8. Fungsi dia lebih kurang sama macam Goodnotes.

Screenshot

Bila buat peta minda, kita boleh nampak keseluruhan tulisan kita

Boleh hantar kerja sekolah dan tenaga pengajar boleh tanda jawapan kita.

Keburukan:
  1. Kertas dia unlimited, jadi kalau nak tukar ke PDF atau print, kualiti lain.
  2. Macam biasa, digital. Jadi kena charge tablet lah.
  3. Korang buat keputusan sendiri, apa yang buruk pasal OneNote ni sebab aku rasa positif yang banyak.
  4. Rasa macam tempat rakam suara tak berapa praktikal. Nak edit nama fail suara dan susun dalam folder lain tak berapa reti.
Harga
  1. Percuma untuk pengguna awam atau pelajar yang ada akaun Microsoft.
  2. RM269/setahun untuk 1 pengguna. Boleh guna semua aplikasi Microsoft yang tersedia
  3. RM359/setahun untuk 2 ke 6 pengguna. Boleh guna semua aplikasi Microsoft yang tersedia.
Files

Intro: boleh simpan fail PDF dan banyak lagi. Fungsi dia macam Google Drive.

Kebaikan:
  1. Berfungsi macam Google Drive 
  2. Boleh dijadikan pengganti E-book.
  3. Boleh conteng dalam buku berformat PDF.
  4. Tak banyak fungsi jadi tak mengelirukan
  5. Boleh kongsi fail dengan orang lain.
  6. Boleh tulis nota dalam fail PDF terus.
  7. Boleh tambah kertas kosong atau copy kertas digital fail lain.
Paparan dia lebih kurang macam kat Goodnotes 

Ni antara nota PowerPoint yang aku tukar format ke PDF.

Contoh nota PDF yang aku guna untuk baca, mencatat dan ulangkaji. Korang boleh nampak aku tulis kat situ tu.


Keburukan
  1. Hanya untuk produk Apple sahaja. Rasanya kalau Android dengan Huawei, dorang ada aplikasi tersendiri.
  2. Bila tulis dengan pencil Apple, tapak tangan mengganggu. Kena sentiasa setting on dan off fungsi menulis.
  3. Sebenarnya aku tengok review Files ni 50/50. Ada yang suka sangat dan ada yang benci sangat.
Harga
  1. Percuma (untuk pengguna Apple sahaja)
Kesimpulan:

Secara jujurnya, ketiga-tiga aplikasi ni memang aku guna sepenuhnya untuk sesi pembelajaran aku. Aku amat berpuas hati dengan fungsi yang disediakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan