Isnin, 8 Januari 2024

Teknik menghafal Nota untuk Exam/Test/Quiz

 Education is the key to unlocking the world, a passport to freedom

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Secara jujurnya aku bukan lah orang yang layak untuk memberi tip-tip dalam pelajaran sebab tak dapat 4 pointer pun. Tapi alhamdulillah, CGPA dapat 3.5 keatas sepanjang 4 semester. Keputusan peperiksaan semester 5 belum keluar, jadi tak tahu lah dapat kekalkan prestasi atau tidak.

Nota: berita buruk, ramai tak buat dengan baik menjawap peperiksaan Microwave. Boleh jadi aku yang tak lulus. T.T

Sebelum bercerita pasal tip-tip macam mana nak belajar dengan lebih efisyen tanpa membazirkan masa, ingin aku ceritakan benda penting pasal belajar ni.

Berita Buruk: Gifted (memang lahiriah pandai)

Point ni memang kene terima hakikatlah. Kadang-kadang usaha mana pun, keputusan peperiksaan tetap tidak memberangsangkan. Aku pernah gagal dalam pelajaran. Walaupun keputusan SPM aku boleh lah, 3A. Tapi kalau bidang kita ambil tu... entah lah... mungkin secara lahiriah bukan untuk kita walaupun kita minat macam mana pun, gagal tetap gagal. 

Berita Baik: Ingat pada D.U.I.T. 

D = Doa

U = Usaha

I = Istiqomah

T = Tawakal

Sebagai seorang islam... kekuatan paling utama adalah Doa. Jadi, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan hidup kita, rezeki kita berjalan lancar. InsyaAllah dengan izin Allah SWT. Korang mesti tertanya-tanya dan penat, "asal eh asyik-asyik kene berdoa je"... cuba korang fikir, buat angan-angan tahi ayam objektif hidup tu tak memenatkan ke? Kalau benda cam tu korang boleh buat kenapa tak boleh convert objektif/cita-cita ke doa... kan?

Betul, bila berdoa ni, kita tiba-tiba mengharap, ya Allah tolong makbulkan doa tu.. kalau tak makbul mulalah putus-asa bagai. Yang ni korang silap. Lepas Doa, Usaha come second. Macam objektif lah. Kau dah buat objektif bagai, kenelah ambil tindakan kan? tak gitu. Jadi berusahalah berdasarkan doa yang diminta. Macam mana, bergantung kepada diri masing-masing macam mana nak bertindak.

Bila dah berusaha, kekalkan prestasi kerja tu. Doa tu tetap kene setiap masa. Dah solat 5 waktu sehari semalam, doa lah lepas solat tu. Kalau payah, cuba doa waktu pagi ke atau doa sebelum tidur. yang penting istiqomah berdoa tu... Usaha tu pun kene istiqomah lah.. macam belajar.... hari-harikan belajar... jadual belajar tu memberikan kita masa istiqomah dengan pelajaran. usaha menuntut ilmu... jangan terus balun semua je serentak. Kapasiti otak kita bukanlah supernatural sangat.

Akhir sekali Tawakal. Dah buat doa, usaha dan istiqomah. Jadi yang tinggal tawakal. Apa-apa takdir Allah bagi terima dengan redha. Benda baik memang elok redha, tapi benda buruk jangan lak korang redha ye. Ada beza tu. 

Peringatan: Kalau nak duit betul, kejar Allah SWT, insyaAllah duit akan kejar korang.

Okay, berbalik kepada topik asal, aku sebenarnya nak bagi tip belajar secara efisyen tanpa membazir masa. Doa-doakan lah dengan aku bantu korang dalam pelajaran, Allah SWT mempermudahkan urusan pelajaran aku juga.. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼

1. Peta Minda


contoh peta minda topik 1, Data Communication and Networking


contoh peta minda topik 2, Data Communication and Networking
Kalau korang bernasib malang, macam nota kene baca dalam buku formal yang digunakan untuk belajar. Maksud aku buku nota yang linear, yang ayat menjela-jela dan pensyarah pula kerja membebel je kat depan. Korang kene lah usaha lebih kuat dan mendalam. Jadi menggunakan peta minda sangat lah bermanfaat.

Tapi macam kes aku, politeknik aku, pensyarah kitorang sediakan nota dalam bentuk powerpoint. Nota linear dan non-linear seimbang. Contohnya adalah:

Ni nota yang pensyarah sediakan
Senangkan nak faham? sebetulnya tidak. hahahah... sebabnya ni ilmu baru. Ambil masa nak faham. Kalau aku lah kan, apa yang aku akan buat adalah aku akan buat peta minda nota topik-topik pilihan. Dari situ aku akan faham jalan cerita nota tu. Lepas dah faham jalan cerita nota, dari situ aku mula menghafal nota linear tu. Highlight ke apa ke, terpulang. Ikut suka hati korang.

2. Alphabet List Method 

Aku nak cepat menghafal, jadi biasanya aku akan ringkaskan perkataan sebanyak yang mungkin. Kalau ayat tu ABCDE sampai akhir, sampai tu lah aku hafal. Tapi kadang-kadang atau memang kebiasaanya lah, satu abjak tu mengandungi banyak maksud, yang tu aku selalu keliru dan lupa. 

Contohlah, S. Boleh jadi service dan boleh jadi system. Jadi, nasib lah kalau korang lupa S mana satu mana satu tu.

Source: Gambar Google
Contoh nak buat alphabet list method
Terlupa, dalam buku laporan biasa ada rujukan ringkasan perkataan, namanya adalah abbreviation. Teknik tu lah yang aku maksudkan.

3. Buat acah-acah tulis point nota macam nak tulis isi karangan sebelum buat karangan betul (tak buat karangan betul pun tak pe sebab kita nak ingat isi penting je)

Dalam kes ni, masa aku nak tulis balik apa aku hafal, aku gunakan balik teknik alphabet list method. Nak tulis cepat dan tak nak membuang masa. Sebab tulis satu perkataan pun dan mengambil masa lama, ni kan nota yang perkataan banyak. Lepas dah tulis tu, hafal dengan baca abjad-abjad yang telah di tulis tu sebagai penguat memori. Kadang-kadang bila menulis abjad-abjad ni secara tak langsung dapat menguatkan daya ingatan secara berperingkat-peringkat.

Jadi, itu sahajalah yang aku nak kongsi kan kepada korang. Moga ia bermanfaat untuk korang.

Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan