Selasa, 13 Ogos 2024

Trying out NOTION website ( Computer Edition )

 بسم الله الرحمن الرحيم

Plan your day!!!

Sejak kebelakangan ni, banyak Youtuber yang mencadangkan penggunaan NOTION sebagai alternatif digital jurnal. Selain menggunakan GoodNotes sebagai alternatif aplikasi digital jurnal khusus untuk pengguna iPad.

Pada mulanya, aku tak rancang nak guna NOTION ni sebab tak faham cara penggunaannya. Kelihatan efektif tapi nak memahami fungsi-fungsi yang terdapat di NOTION mengambil masa yang agak lama. Sebab tu NOTION ni bukanlah pilihan hati aku.

Tapi lama-kelamaan, mula lah faham cara menggunakan NOTION ni. NOTION ni umpama gabungan blog, digital jurnal dan fundamental bahasa programming. Dan ia sangat lah efektif untuk dijadikan jurnal digital khusus pengguna laptop/macbook/komputer. Untuk iPad macam kurang sesuai.

ni contoh title dan sub title untuk program ijazah sarjana muda akan datang (akan di edit kembali setelah mendapat keputusan UPU)

Ni contoh buku Degree aku buat khusus untuk study planner. Sebabnya aku perasan, aku lebih teratur bila ada perancangan pembelajaran. Bukan apa, korang boleh buat perbandingan

UPSR - 5 ke 7 subjek - tempoh adalah 6 tahun
PMR - 8 subjek - tempoh adalah 3 tahun
SPM - 10 subjek (untuk kes aku) - tempoh adalah 2 tahun
STPM - 4 subjek - tempoh adalah 1 1/2 tahun (aku tak ambil STPM)
Diploma/Ijazah Sarjana Muda - 5 ke 8 subjek (untuk setiap sem) - tempoh adalah 6 bulan ataupun 14 minggu

Okay, seperti yang korang boleh lihat, tempoh yg diberikan untuk kita tempuhi exam akhir paling penting dari lama akhirnya jadi pendek sependeknya. makna kita kene lebih alert dengan ilmu yang baru. 

Bukan itu sahaja, subjek pembelajaran sentiasa bertambah dan baru dari semester ke semester. Ada yang tempuh selama 5 semester dan ada sampai ke 10+ semester. Bergantung kepada subjek itu lulus ke tak. 

Planner untuk Degree Semester 1


Dalam jurnal NOTION Degree (Semester 1) ni aku letak 3 file. 
  1. 2024 Semester 1 - jurnal pembelajaran aku
  2. Timeline - aku edit sendiri
  3. Weekly planner - dalam file ni aku guna template khas disediakan di NOTION. Dalamnya ada file "week 1", "week 2" dan seterusnya.
Ni free template aku gunakan untuk setiap semester. Aku edit berdasarkan keperluan aku.
2024 Study tracker | Notion Template 



Untuk template "Timeline", aku edit berdasarkan kefahaman aku. Timeline ini direka untuk mencatat dan peringatan tempoh week pertama hingga week terakhir belajar satu-satu semester

akan diedit kembali setelah mendapat kepastian

dalam weekly planner ni, setiap file hanya untuk 7hari/seminggu punya catatan

Untuk template week 1, week 2 dan seterusnya pula, aku guna kan free template yang lain.

Ni time blocking pembelajaran khusus ijazah sarjana muda aku.
Time blocking untuk sesi belajar aku

Objektif membuat digital jurnal / Planner untuk memastikan perjalanan pembelajaran berjalan lancar, teratur dan tiada pengulangan pembelajar untuk tidak membazirkan masa. Tidak lupa juga untuk memastikan tiada "procrastination" sepanjang pembelajaran dijalankan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan