بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Drawing is a vision on paper
1 Januari 2026
Hari ini, aku membuat keputusan yang aku akan konsisten melukis sekurang-kurangnya sekali sehari untuk membina portfolio yang mantap sebagai azam tahun 2026. Pernah buat sebelum ini, tetapi gagal bertahan. Kali ini, aku akan melukis menggunakan iPad sahaja. Lebih senang simpan, dan sangat jimat. Tak perlu beli kertas atau alat lukis fizikal berulang kali bila habis stok.
Hari ini, aku membuat keputusan yang aku akan konsisten melukis sekurang-kurangnya sekali sehari untuk membina portfolio yang mantap sebagai azam tahun 2026. Pernah buat sebelum ini, tetapi gagal bertahan. Kali ini, aku akan melukis menggunakan iPad sahaja. Lebih senang simpan, dan sangat jimat. Tak perlu beli kertas atau alat lukis fizikal berulang kali bila habis stok.
Lukisan pertama tahun 2026 aku lakukan adalah di Coffee Beans Restaurant, KLCC. Subjeknya adalah makanan di hadapan aku. Selesai melukis, aku terus memuat naik ke Instagram @lukisan_harian. Akaun ini adalah milik aku, dah lama ada. Aku gunakannya khusus sebagai galeri seni online peribadi, untuk tontonan sesiapa yang nak cuci mata.
2 Januari 2026
Singgah di NANDOS, AEON Melaka. Melukis papan iklan makanan Nando’s yang warna-warni. Seronok dapat tangkap suasana tempat makan yang meriah.
3 Januari 2026
Hari ni di rumah sewa. Cari subjek simple sahaja. Terpandang kipas di ruang tamu. Jadi aku mengambil keputusan melukis ia.
4 Januari 2026
5 Januari 2026
Lukis botol air besi jenama Montigo milik aku.
6 Januari 2026
Hari ini ada kelas Engineering Mathematics 2. Semasa kelas berlangsung, aku melukis kerusi di hadapan aku. Aku tahu aku tak sepatutnya buat perkara lain selain fokus belajar di kelas. Tapi buat juga anyway.
7 Januari 2026
8 Januari 2026
Headphone milik ibu. Ibu dah tak guna, jadi aku ambil alih. Ia bukan hadiah, tapi lebih kepada barang yang berpindah milik. Ada nilainya yang tersendiri.
9 Januari 2026
10 Januari 2026
(Lukisan Pertama)
Pergi ke HE SHE's Restaurant di perpustakaan UTeM. Lukis pokok palsu hiasan di atas meja makan. Suasana tenang sangat sesuai untuk melukis.
(Lukisan Kedua)
Hari ini saya lukis dua kali. Seorang kawan sekelas meminta pertolongan untuk buat lukisan kejutereraan (engineering drawing) hujung pensil mekanikal bagi subjek AutoCAD. Aku lukis dissection tip-nya dengan teliti. Ini pun sebahagian daripada latihan.
11 Januari 2026
12 Januari 2026
Hari ini aku cuba sesuatu berbeza. aku buat latar belakang hitam, dan hanya melukis cahaya yang jatuh pada subjek. Aku pilih botol spray SPF Skintific milik aku sebagai subject matter.
Sambil itu, aku sambung melukis gambar Muhammad Ali yang tertangguh, atas permintaan Sumeth, kawan sekelas lelaki di UTeM.
Melukis setiap hari ini sebenarnya tidak pernah terasa susah bagi aku. Aku memang sudah mahir, dan melukis adalah terapi untuk diri. Ia cara untuk melatih dan mengekalkan kemahiran agar tidak hilang. Selain itu, ia penghilang bosan dan membuatkan diri rasa produktif, di samping menjadi pelajar universiti sepenuh masa.
*****************
Tentang lukisan Muhammad Ali itu, aku tidak menyimpannya di Instagram. Aku ingin mengekalkan kehalalan imej seni aku, memandangkan hukum melukis manusia adalah haram. Namun, aku rasa perlu mahir melukis figura manusia sebagai satu kemahiran fardhu kifayah ain. Lagipun, ini atas permintaan kawan, jadi aku lukiskan sebagai menghormatinya. Lukisan ini aku simpan dan kongsikan di blog diari peribadi sahaja, sebagai rekod sejarah perkembangan lukisan. Ia untuk tatapan aku sendiri.
Setakat 12 hari ini, azam aku masih konsisten. Semoga dapat diteruskan sehingga akhir tahun, insya-Allah.














Tiada ulasan:
Catat Ulasan