Rabu, 14 Januari 2026

Pengalaman menggunakan Latex sebagai tool membuat report

 بسم الله الرحمن الرحيم

 Dengan Nama Allah, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang 

Writing is an exploration. You start from nothing and learn as you go.

Telah masuk hari ketiga minggu terakhir Tahun 3 Semester 1. Lepas tu Study Week dan akhirnya Exam Week. Hari ni aku nak highlight satu website yang sangat berguna. Yang diajar oleh Profesor yang mengajar, iaitu website Latex. 

Ni lah link website dia: https://www.overleaf.com/


Isnin, 12 Januari 2026

DIARI LUKISAN HARIAN 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم

 Dengan Nama Allah, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang 

Drawing is a vision on paper 

1 Januari 2026
Hari ini, aku membuat keputusan yang aku akan konsisten melukis sekurang-kurangnya sekali sehari untuk membina portfolio yang mantap sebagai azam tahun 2026. Pernah buat sebelum ini, tetapi gagal bertahan. Kali ini, aku akan melukis menggunakan iPad sahaja. Lebih senang simpan, dan sangat jimat. Tak perlu beli kertas atau alat lukis fizikal berulang kali bila habis stok.

Lukisan pertama tahun 2026 aku lakukan adalah di Coffee Beans Restaurant, KLCC. Subjeknya adalah makanan di hadapan aku. Selesai melukis, aku terus memuat naik ke Instagram @lukisan_harian. Akaun ini adalah milik aku, dah lama ada. Aku gunakannya khusus sebagai galeri seni online peribadi, untuk tontonan sesiapa yang nak cuci mata.