بسم الله الرحمن الرحيم
Apa itu FIRA?
- Federation of International Robot Sport Association (FIRA)
- telah mula diadakan di Korea Selatan pada tahun 1996
- mula diadakan di Malaysia pada tahun 2007
Pada tarikh 8 Mei 2023, kami telah bertolak dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah sekitar pukul 8.30 pagi. Sebelum itu, kami berkumpul di hadapan pejabat Polisas untuk sesi taklimat buat kali terakhir dan sesi bergambar.
Berikut di bawah adalah tentatif pertandingan.
Bagi kategori RoboSot Race Challenge (Application) akan diadakan pada hari akhir pertandingan.
 |
| Persediaan sebelum pertandingan. Dengan bantuan jurulatih and ahli yang lain. |
Sedikit kerisauan berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal.
 |
| Saya dan ahli kumpulan saya. |
Berkat tunjuk ajar dari jurulatih kami, alhamdulillah kami berjaya merangkul pingat Emas dalam kategori RoboSot Race Challenge (Application)
 |
Alhamdulillah kami berjaya merangkul pingat keseluruhan RoboSot Master..
|
Berikut adalah senarai Politeknik yang mengikuti pertandingan FIRA ini. Polisas telah berjaya mendapat tempat ketiga dengan jumlah pingat sama banyak dengan juara keseluruhan.
Namun, walaupun kami menang Master RoboSot, kami tak dapat bertanding ke German disebabkan tidak banyak negara yang mempertandingkannya.
Walau bagaimanapun, terima kasih kerana mendoakan kejayaan kami.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan