Khamis, 10 Ogos 2023

Maximise Calendar, Reminders iPhone & iPad Productivity

 Memanfaatkan sepenuhya penggunaan Calendar, Reminders iPhone dan iPad

If you fail to plan, you plan to fail


Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Contoh Jadual Kelas

Calendar dalam bentuk widget di iPad

Pernah tak korang rasa to-do list korang berterabur? Selalu rasa kerja korang berserabut je?

Kalau korang rasa iye, sudah tiba masanya korang gunakan Apple’s Apps sebagai produktiviti korang. Contohnya app Calendar dan Reminders.

Dua-dua aplikasi ni adalah 100% percuma dan tak perlu muat turun dari aplikasi “App Store”. Mudahkan?

Peringatan, nasihat ini adalah ditujukan khusus kepada pengguna gadget Apple. Rugi je beli mahal-mahal tapi tak memanfaatkan teknologi yang ada dalam produk Apple, tak gitu?

Contoh dalam aplikasi Reminders di iPhone.
Saya membahagikan to-do list bagi setiap subjek pelajaran.
Jadual to-do list di iPhone.
Tujuan scheduled in adalah untuk menyusun atur senarai tugasan mengikut “deadline”. Kalau nak buat to-do list tanpa “deadline” pun boleh. Jangan risau.

Secara jujurnya saya lebih kerap menggunakan aplikasi Calendar lebih dari aplikasi Reminders disebabkan kurang memahami cara memanfaatkannya.

Saya lebih kerap menggunakan whatsapp untuk rekod tugasan-tugasan yang siap dan belum siap. Sesungguhnya teknik tersebut agak menyusahkan kerana terpaksa “copy” dan “paste”. Pasti korang tertanya-tanya, kepada siapa saya hantar rekod tugasan, kan?

Tapi sekiranya korang faham dan memahami cara menggunakan Reminders, segala urusan tugasan, insyaAllah akan menjadi mudah.

Berbalik kepada penggunaan Calendar pula, secara jujurnya saya kerap meletakkan jadual harian sebagai rujukan. Untuk mengetahui kepadatan waktu yg kita ada. Masa lapang dan masa sibuk.

Bagusnya aplikasi Calendar ini, kita boleh letak “add Calendar” banyak-banyak sambil membahagikan jenis-jenis kalendar yang ada dengan pengekodan warna.

Sebagai contoh, saya mengkodingkan setiap semester dengan warna kalendar yang sama untuk mengasingkan kalendar akedemik dan bukan akedamik. Manakala warna koding untuk bukan akedemik pula, dengan warna berbeza.

Data-data yang dicatat pada aplikasi Calendar ini automatik akan disimpan di dalam iCloud. Apabila disimpan di iCloud, automatik ia akan “synchronise” pada iPad , iPhone, dan MacBook dengan menggunakan akaun Apple yang ada.

Namun, sekiranya iCloud korang habis had. Tiada cara lain, sama ada buang file yang ada di dalam iCloud atau tambah kapasiti iCloud itu sendiri, dengan erti kata lain, korang perlu melanggan (bayar).

Kalau yang pengguna Android, jangan risau. Ada aplikasi lain yg sesuai untuk digunakan. Contoh “Google Calendar”.

Sekian terima kasih. Moga artikel ini bermanfaat buat korang.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan