Sabtu, 12 Oktober 2024

DIARY: 12 Okt 2024 Sepanjang Minggu Haluan Siswa

بسم الله الرحمن الرحيم

with the name of Allah, the most merciful and the most forgiving
Enjoy degree's life to the fullest


6/10/2024 - Ahad

Bergerak ke Melaka dari Kuantan pada waktu petang. Tempoh perjalanan adalah sekitar 4 jam 30 minit dengan jarak anggaran 300km. 

Pada asal perancangan adalah bertolak dari Kuantan, Pahang ke Melaka adalah pada hari keesokkan hari iaitu 7/10/2024. Namun perancangan last minute, akhirnya bertolah sehari sebelum pendaftaran pelajar UTeM.

7/10/2024 - Isnin

Bertolak dari Mudzaffar Hotel ke UTeM pada pukul 10:30. Jarak perjalanan adalah selama 15 minit. Sampai ke UTeM pada pukul 11pagi. Dalam perjalanan ke UTeM, tertinggal blazer di almari bilik hotel, jadi terpaksa patah balik.

Setelah sampai ke UTeM, ibu terus menghantar saya ke Dewan Canselor untuk sesi pendaftaran. Mak bapa mahupun sanak saudara dilarang masuk ke dewan. 

Dewan Canselor
kad pelajar

Proses pendaftaran adalah sekejap. setelah selesai kesemua kaunter pendaftaran dan pengambilan tshirt UTeM dan topi UTeM, terus ke parkir untuk mengangkat barang masuk ke hostel.

Peraturan UTeM melarang sanak saudara parkir kereta di kediaman pelajar. Sebaliknya kene parkir di Dewan Canselor, naik bus yang telah disediakan untuk ke kediaman. 

Sepanjang tempoh perpindahan barang-barang hostel, kami telah berulang-alik sebanyak 2 kali. Dalam tempoh mengemas barang di bilik hostel, terasa stress. Hati dok memikir, mampu tak aku tempoh alam belajar Ijazah Sarjana Muda di UTeM. Apakah lemah semangat aku akan menjadi penghalang? Anxiety pun menyerang secara tiba-tiba.

Btw, di rumah kediaman pelajar, setiap rumah memilik 5 bilik, dan setiap bilik diduduki seramai 2 orang sahaja. So far, kelengkapan rumah tersedia sangatlah baik. Tiada komen buruk-buruk.

Program Minggu Haluan Siswa bermula pada waktu malamnya.

8/10/2024 - Selasa

Bangun awal sekitar 4:30pagi ke 5:00pagi. Alhamdulillah waktu tu tak ada orang mandi di bilik air. Jumlah bilik air terdapat di setiap 1 rumah adalah 2 bilik air, 2 tandas, 1 sinki, 1 tempat membasuh dan tempat menghidai pakaian.

Mengikut perancangan, pelajar baru telah diminta untuk berpakaian formal. baju kemeja / blaus / baju kurung putih dan seluar / long skirt / kain kurung hitam. Tidak lupa juga, tudung hendak berwarna hitam dan berkasut tertutup.

Makanan dan minuman pagi / petang / malam disediakan bermula malam Isnin semalam hinggalah malam Jumaat, 11.10.2024.

Program telah dijalankan di Dewan Canselor

9/10/2024 - Rabu

Program pagi telah dilakukan di Fakulti masing-masing. Macam saya, fakulti saya adalah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK). Disana kami telah diuruskan oleh TELeCSA. Isitu persatuan persis Majlis Persatuan Pelajar (MPP) khusus untuk FTKEK.

Disana kami telah diperkenalkan dengan Pembantu Akademik kami iaitu Dr Normi. Permohonan kokurikulum telah dilaksanakan dimana saya telah memilih kursus Seni Lukis sebagai pilihan atas alasan untuk terapi minda selain untuk mengekalkan kemahiran melukis.

Ukuran dan pembelian lab coat belajar telah dilakukan dimana saya telah memilih saiz M. Harga lab coat adalah RM90.

Diwaktu petang pula, kami berkumpul di falkuti kembali untuk penerangan tentang Transfer Credit.


Pada waktu petang pula, kami kembali berkumpul di Dewan Canselor. Sehinggalah pukul sekitar 11 malam lebih.

10/10/2024 - Khamis

Seperti biasa bangun awal, bersiap, ke Dewan Canselor dan menyaksikan program MHS.

Cuma beza pada hari ini adalah pada waktu malam kami telah berkumpul di Stadium UTeM.

11/10/2024 - Jumaat


Bangun pagi, bersiap dan berkumpul di Stadium UTeM. Disana kami telah melakukan program senamrobik. Setelah senamrobik dilakukan, kami bertolak ke Dewan Canselor dengan berjalan kaki. Jarak anggaran adalah sejauh 2km.

Sepanjang perjalanan, baru sedar diri dah tua. Kuat-kuat stamina orang muda.

Pada waktu petang, kami telah diberikan keringanan untuk persiapan Majlis malam nanti yang bertemakan RETRO. Secara jujur apa yang saya lakukan adalah tidur, rehat puas-puas.

Apabila malam menjelang, Majlis ANCALA bermula. Konsert dari perwakilan pelajar setiap falkuti telah dilakukan. Acara yang menarik dan ramai pelajar enjoy. Antara yang bestnya adalah senior UTeM sangatlah berbakat mempersembahkan bakat-bakat musiknya.

Disclamer: Alhamdulillah sepanjang MHS dijalankan, kesihatan mental dalam keadaan stabil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan