Rabu, 2 Oktober 2024

Perancangan penggunaan aplikasi-aplikasi yang terdapat di iPad Air (4th Gen) untuk Degree nanti (2024)

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Zuhud adalah dengan menjadikan dunia ditangan, bukannya dihati

Count-down lagi 5 hari sebelum masuk degree di UTeM.

Permulaan pembelajaran diplomaku bermula dengan fully online classes, ke semi-online classes sehinggalah kelas face-to-face. Penggunaan iPad adalah sepenuhnya disamping penggunaan laptop dan smartphone (Apple dan Samsung)

Berikut adalah pembahagian fungsi aku gunakan sepanjang kelas-kelas diploma aku yang lepas;

  1. iPad air 4th gen: digunakan untuk sesi online class dan membaca/menulis/ulangkaji nota pelajaran
  2. Laptop (windows dan Ubuntu): banyak menggunakan perisian kejuruteraan dan seni reka, sesi online class dan ulangkaji
  3. Smartphone (Apple dan Samsung): menggunakan aplikasi kejuruteraan yang terdapat diantara kedua-dua brand telefon ini.

Terdetik di hati, seperti mana aku rasa Jurusan Senireka Industri ini mengajar kita menjadi materialistik, sebenarnya kejuruteraan ini pun macam mengajar kita materialistik juga. Terlalu banyak penggantungan kepada gadget-gadget dan perisian-perisian duniawi. Persoalannya bagaimanakan kita nak balancekan ilmu dunia dan ilmu akhirat? aku pun tak tahu. Agak tidak adil untuk menghukum sesuatu ilmu tanpa penelitian.

Tanpa gadget-gadget dan perisian-perisian duniawi, tak mungkin aku dapat belajar atau melakukan sebarang pekerjaan. Tetapi sebenarnya penggantungan kita sepatutnya pada Allah SWT sahaja. Tanpa izinNya, tidak mungkin aku akan dapat melakukan segala tugasanku.

Untuk degree, i will be the best version of me, insyaAllah. Takut juga kalau Allah SWT tak izinkan. Kalau situasi tidak memihak kepada kita, kene tawakal je lah. 😭😭😭

Sebabnya pernah ada pengalaman belajar hard in a way kita rasa smart enough, pun tak cukup dan mustahil lulus. Tak kisah lah mengikut kajian kata itu adalah jurusan mudah, sebenarnya yang mudah mungkin susah buat kita, dan yang susah mungkin senang buat kita. Kelebihan setiap individu berbeza. Tiada seorang pun lebih dari yang lain. Persoalan kita mungkin sama tetapi berbagai jawapan yang berbeza dan semua sama pemarkahan disisi pemeriksa.

Cuma hukum aqidah je berbeza, sebab Allah kata yes, yes lah dia dan kalau no, no lah jawapan nya. So dalam hal ni, aku tak kan cerita lebih sebab bukan ini objektif cerita aku.

Sepanjang setelah aku tamat belajar diploma, hinggalah sekarang, aku telah mengkaji tindakan effektif apakah yang sesuai untuk pembelajaran aku yang seterusnya. Dengan menonton Youtube, membaca buku produktiviti dan blog-blog.

Berikut adalah aplikasi-aplikasi yang terdapat di iPad yang aku rasa berguna dan mungkin akan digunakan. 

  1. Calendar (Apple)
  2. Goodnotes
  3. RemNote
  4. Trello
  5. Files (Apple)
  6. NOTION
  7. OneNote
Akan aku jelaskan kenapa aplikasi-aplikasi yang aku sebut ini penting.

Calendar (Apple)

Ini adalah antara aplikasi yang sangat penting dan sudah menjadi kemestian untuk aku guna, baik di iPad dan juga iPhone 13 mini aku. Sambil itu, aku synchronise data kalendar ini menggunakan iCloud. tetapi aku tak purchase iCloud lah. aku pakai se-minimum mungkin data.

Dengan peng-update-an iPadOS  dan iOS yang baru ke 18.0, fungsi Calendar menjadi lebih canggih dan praktikal untuk digunakan.

Calendar Apple iOS 18.0 version.

Goodnotes

Kalau sebelum ini, aku gunakan Goodnotes untuk Perancangan Pelajaran dan digital buku tulis pengganti. Untuk degree pula, mungkin aku akan lebih fokuskan kepada digital buku tulis sahaja. Bergantung kepada keizinan pensyarah, kalau mereka membenarkan aku fully digital, aku akan fully digital. Kalau tidak, aku akan print-out kertas nota je lah.

Jadi, aku tak pasti berapa kekerapan aku akan guna Goodnotes ni. Backup untuk kertas nota tulis ada disamping highligthers 1 set, belum ada perancangan nak beli buku tulis. 

Contoh di internet

RemNote

RemNote ni sebenarnya aku tak pernah guna walaupun dah lama download. Cuma recently aku research apa pro and con RemNote ni sampai kenapa aku sanggup isi dalam iPad aku.

Ada beberapa point pasal RemNote ni aku tertarik khususnya bab mengulangkaji. Goodnotes pun ada fungsi ini, tapi tak se-detail mcm RemNote. 

Aku tak sabar-sabar nak guna RemNote ni untuk uji ke-effektif-an dia. Moga ia adalah aplikasi yang berguna dan bermanfaat lah.


Organize your Studyies - RemNote

6 Main Flashcards - RemNote

Basic Flashcards - RemNote

Trello

Trello pun antara aplikasi yang dah lama juga aku download dan tak pernah menggunakannya. Trello ni akan aku gunakan untuk rekod daily weekly subject's notes. Kira macam summary pelajaran setiap subjek 1 semester untuk setiap minggu. Tujuan ini dilakukan untuk pengenalpastian subjek apa dah belajar dan agak-agak sub-topik apa akan keluar diwaktu kuiz dan exam pertengahan semester nanti. Untuk exam akhir lain pula cara belajarnya. 




Files (Apple)

Menjadi kemestian untuk aku gunakan setelah aku convert nota powerpoint ke PDF. Cuma aku tak pasti kenapa sepanjang aku gunakan Files, asyik crash. Terutama bila menulis dalam file pdf tu. Asyik kene tekan pencil simbol time-to-time untuk save current tulisan. Lepas tu tangan kene hati-hati sebab penulisan dia bukan hanya dengan Apple Pencil tetapi dengan fully palms dan jari tangan kita. 

Files walaupun berguna, tapi bab menulis sangat turn off buat aku. Aku belum ready nak convert pdf ke goodnotes files.Tu sebab aku masih guna Files ni. Dan kenapa asyik crash huh?

Gambar lama

NOTION

Notion... notion... notion... sepanjang aku search study effective di Youtube, Notion pasti antara sebutan dalam kalangan Youtubers. Ambil masa panjang jugalah nak faham apakah itu NOTION. Sebab aku tak faham, itu yang aku tak menggunakannya

Tetapi entah kenapa faham macam mana nak gunakan NOTION, tiba-tiba menjadi antara favourite list. 

So, untuk Notion ni, aku fokuskan kepada study planning macam Homework to-do, Project to-do. In other word, NOTION ni pengganti kepada Student Planner. So aku dah takkan guna Goodnotes dah as Student Planner. 

OneNote

Hampir terlupa aku tentang OneNote, Microsoft apps ni. Ni antara aplikasi/perisian berkualiti aku gunakan. Boleh jadi penghubung antara kita, pelajar dan pensyarah. Tetapi kebiasaan aku, aku akan gunakan OneNote ni untuk peta minda disebabkan infinity saiz template. 

Aku hanya boleh gunakan ini selepas email pelajar aku telah di-aktifkan. 

ni contoh nota peta minda lama aku

So ini je lah aplikasi-aplikasi yang aku rasa berguna. Jujur, tak jangka juga lah bertapa banyak aplikasi pilhan, sampai ke 7 jenis. Macam 1 semester punya pelajaran. 

Moga dunia berada digenggaman, iman berada dihati. insyaAllah. Amiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan