بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Zuhud adalah dengan menjadikan dunia ditangan, bukannya dihati
Count-down lagi 5 hari sebelum masuk degree di UTeM.
Permulaan pembelajaran diplomaku bermula dengan fully online classes, ke semi-online classes sehinggalah kelas face-to-face. Penggunaan iPad adalah sepenuhnya disamping penggunaan laptop dan smartphone (Apple dan Samsung)
Berikut adalah pembahagian fungsi aku gunakan sepanjang kelas-kelas diploma aku yang lepas;
- iPad air 4th gen: digunakan untuk sesi online class dan membaca/menulis/ulangkaji nota pelajaran
- Laptop (windows dan Ubuntu): banyak menggunakan perisian kejuruteraan dan seni reka, sesi online class dan ulangkaji
- Smartphone (Apple dan Samsung): menggunakan aplikasi kejuruteraan yang terdapat diantara kedua-dua brand telefon ini.
Terdetik di hati, seperti mana aku rasa Jurusan Senireka Industri ini mengajar kita menjadi materialistik, sebenarnya kejuruteraan ini pun macam mengajar kita materialistik juga. Terlalu banyak penggantungan kepada gadget-gadget dan perisian-perisian duniawi. Persoalannya bagaimanakan kita nak balancekan ilmu dunia dan ilmu akhirat? aku pun tak tahu. Agak tidak adil untuk menghukum sesuatu ilmu tanpa penelitian.
Tanpa gadget-gadget dan perisian-perisian duniawi, tak mungkin aku dapat belajar atau melakukan sebarang pekerjaan. Tetapi sebenarnya penggantungan kita sepatutnya pada Allah SWT sahaja. Tanpa izinNya, tidak mungkin aku akan dapat melakukan segala tugasanku.
Untuk degree, i will be the best version of me, insyaAllah. Takut juga kalau Allah SWT tak izinkan. Kalau situasi tidak memihak kepada kita, kene tawakal je lah. 😭😭😭
Sebabnya pernah ada pengalaman belajar hard in a way kita rasa smart enough, pun tak cukup dan mustahil lulus. Tak kisah lah mengikut kajian kata itu adalah jurusan mudah, sebenarnya yang mudah mungkin susah buat kita, dan yang susah mungkin senang buat kita. Kelebihan setiap individu berbeza. Tiada seorang pun lebih dari yang lain. Persoalan kita mungkin sama tetapi berbagai jawapan yang berbeza dan semua sama pemarkahan disisi pemeriksa.
Cuma hukum aqidah je berbeza, sebab Allah kata yes, yes lah dia dan kalau no, no lah jawapan nya. So dalam hal ni, aku tak kan cerita lebih sebab bukan ini objektif cerita aku.
Sepanjang setelah aku tamat belajar diploma, hinggalah sekarang, aku telah mengkaji tindakan effektif apakah yang sesuai untuk pembelajaran aku yang seterusnya. Dengan menonton Youtube, membaca buku produktiviti dan blog-blog.
Berikut adalah aplikasi-aplikasi yang terdapat di iPad yang aku rasa berguna dan mungkin akan digunakan.
- Calendar (Apple)
- Goodnotes
- RemNote
- Trello
- Files (Apple)
- NOTION
- OneNote
Akan aku jelaskan kenapa aplikasi-aplikasi yang aku sebut ini penting.